Program Mentor Mentee berfokus tingkatan 5 adalah salah satu usaha melahirkan pelajar SMKDARY yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi
penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
1.4 OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
1.4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara mentor dan mentee.
1.4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
1.4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan
sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap
kebajikan mereka.
Semoga program ini dapat membantu dan meningkatkan sokongan moral semua pelajar Tingkatan 5 SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub untuk berjaya cemerlang dalam SPM akan datang. #berusahadanberjaya
Comments