top of page

SUDUT PERKONGSIAN EMOSI (SPE)

Apakah itu SPE?

 

Umum mengetahui PSS menjadi tempat yang sentiasa dikunjungi oleh murid-murid dan guru-guru di sekolah. Satu sudut baharu yang dikenali sebagai Sudut Perkongsian Emosi (SPE) telah diwujudkan di PSS. SPE ini merupakan usahama antara PSS dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) yang diwujudkan bertujuan untuk murid-murid meluahkan emosi mereka pada hari tersebut. Murid-murid hanya perlu mengisi maklumat dalam Borang Pengurusan Emosi dan kemudiannya memasukkan ke dalam  bekas yang telah disediakan. Terdapat enam bekas yang mewakili pelbagai emosi, iaitu :

1.         Disayangi.

2.         Terkejut.

3.         Gembira.

4.         Marah.

5.         Sedih.

6.         Risau.

 

            Pada setiap minggu, kaunselor akan mengambil semua borang yang telah diisi oleh murid-murid dan melihat sejauh mana emosi murid-murid yang perlu dibantu oleh pihak UBK. Hal ini bertujuan untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan emosi murid-murid yang mempunyai masalah agar kes-kes yang tidak diingini tidak akan berlaku kepada murid-murid yang mempunyai masalah emosi tersebut. Langkah awal ini dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah emosi dengan mengadakan sesi kaunseling oleh pihak UBK di sekolah. SPE ini sangat relevan kerana kadang kala murid-murid sangat malu untuk berjumpa dengan kaunselor dan meluahkan emosi dan perasaan mereka. Dengan adanya SPE ini dapat menggalakkan murid-murid untuk berkongsi emosi mereka dengan pihak kaunselor apabila mereka berkunjung ke PSS.

Situasi pelajar mengisi Borang Pengurusan Emosi

Pengetua

Pengerusi

PENGETUA_BAHARIM SELAMAT.jpg
En. Baharin bin Selamat
bottom of page