INOVASI KOD QR
Apakah itu Kod QR?
Kod QR merupakan singkatan kepada frasa Bahasa Inggeris, iaitu Quick Response. Kod QR adalah sejenis kod bar generasi kedua dan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun, iaitu Denso Wave. Kod QR ini telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana Kod QR ini mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.
Dalam proses untuk memudahkan para pelajar dan guru-guru untuk melayari laman blog dan Page FB PSS ini, pasukan PSS SDARY telah berkolaborasi dengan guru penyelaras TMK sekolah untuk membina Kod QR yang mudah untuk diakses oleh semua. Maka, apabila para pelajar, guru-guru mahupun para pelawat yang datang ke PSS boleh terus mengimbas Kod QR yang dibina. Kod QR ini telah ditampal pada papan maklumat di dalam PSS terutamanya di Kaunter Sirkulasi yang mana menjadi tempat tumpuan oleh para pelajar dan guru-guru untuk meminjam buku-buku yang terdapat di PSS. Hal ini dapat memudahkan akses terus ke laman blog dan Page FB PSS SDARY ini. Pelbagai info dan maklumat yang boleh dicapai apabila mereka melayari laman blog PSS ini secara mudah dan cepat.
KOD QR BLOG PSS
KOD QR PAGE FB PSS
Pengetua
Pengerusi