top of page

PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.   Apakah itu Pusat Sumber Sekolah?

 

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

2.   Apakah dasar Pusat Sumber Sekolah?

 

Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
 

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

 

3.   Apakah objektif Pusat Sumber Sekolah?

 

• Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis

• Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah

• Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

• Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

 

4.   Apakah peranan Pusat Sumber Sekolah?

 

• Pusat Ilmu

• Pusat Penemuan

• Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

• Pusat Pengajaran

• Pusat Profesional

• Pusat Hubungan Masyarakat

 

5.   Apakah fungsi Pusat Sumber Sekolah?

 

• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.

• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.

• Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.

• Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.

• Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Pengetua

Pengerusi

PENGETUA_BAHARIM SELAMAT.jpg
En. Baharin bin Selamat
bottom of page