top of page

Ikon SMKDARY: Dr Akmal Saleh, Sosial dan Kemasyarakatan

Dr Akmal terjun dunia politik, perluas akses bantu masyarakat



Ketika ditanya tidak cukupkah menjadi doktor untuk berkhidmat kepada masyarakat, reaksi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Salleh ialah, dia mahukan akses lebih luas bagi menabur khidmat terbaik kepada lebih ramai orang.


Justeru, bagi Dr Akmal, keputusannya untuk menyertai dunia politik adalah bagi membolehkan dirinya terlibat secara langsung dalam kumpulan ‘decision maker’ supaya beliau boleh memberikan khidmat lebih besar kepada lebih ramai rakyat.


“Kalau ada yang bertanya, jadi doktor tidak cukupkah untuk berkhidmat kepada masyarakat? Cukup. Tetapi contohnya kalau seorang makcik yang susah datang, saya boleh mungkin tolong dia bagi perkhidmatan perubatan percuma bernilai RM50 atau RM100 pada masa itu sahaja, tetapi saya tak boleh beri khidmat kepada dia sampai anak cucu dia.


“Bagaimanapun dalam politik ia agak berbeza, dalam politik anda penentu dasar (decision maker), saya boleh buat satu dasar yang bukan hanya bantu makcik itu sahaja, tetapi bantu lebih ramai orang,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan khas Bicara Melaka yang disiarkan dalam Facebook BN COMMS di sini.


Menurut anak muda berusia 33 tahun itu, tidak timbul isu beliau menyertai politik untuk mencari kedudukan kerana niatnya menceburi dunia politik ialah bagi memanfaatkan tenaga mudanya untuk memberi khidmat kepada masyarakat.


Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Merlimau selama dua tahun, Dr Akmal tidak menoleh ke belakang apabila membuka klinik sendiri di kawasan itu untuk terus memberi perkhidmatan kepada rakyat setempat.


Dengan motto ‘Anak Kampung Untuk Orang Kampung’, Klinik Dr Akmal Saleh 24 jam yang terletak di Bandar Baru Merlimau tetap dibuka seperti biasa bagi membolehkan beliau terus berkhidmat kepada masyarakat kampungnya.


“Susur galur hidup saya memang di Merlimau, ibu bapa saya juga orang Merlimau, hidup mati saya di Merlimau,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Russian Medical University, Rusia.

Klik sini untuk baca artikel penuh

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf Dr Akmal terus khidmat sukarela walaupun jadi YB

Menganggap perkara itu sudah sebahagian rutinnya sejak dulu, anak muda berusia 33 tahun ini tidak melihat status sebagai wakil rakyat satu keistimewaan, sebaliknya ia datang bersama amanah besar yang perlu digalas, terutama bagi pendatang baharu sepertinya.


Mengetengahkan slogan 'Anak Kampung Untuk Orang Kampung', Dr Mohamad Akmal menganggap pengalaman sebagai doktor perubatan, selain mempunyai klinik sendiri di pekan Merlimau di sini, menjadikannya tidak kekok mendampingi penduduk setempat.


"Memberi rawatan kepada mereka yang memerlukan adalah rutin harian saya sejak dulu lagi, bukannya bila tiba musim pilihan raya sahaja. Saya faham ada dalam kalangan kita memandang negatif ketika saya 'house call' untuk memberi rawatan, tetapi bagi saya, tanggungjawab merawat pesakit melebihi segalanya," katanya.

Lulusan Ijazah Perubatan dari Russian State Medical University ini, berkata beliau juga sudah lama terbabit dalam kerja kesukarelawan bersama parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), selain pernah menyertai misi mengendalikan mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 di Ukraine pada 2014 kerana berkebolehan bertutur dalam bahasa Russia.


"Selain meneruskan khidmat kesukarelawan selepas ini, saya meletakkan harapan mahu melihat ekonomi di Merlimau dapat dibangunkan serta menjadi antara lokasi tarikan utama pelancong.

"Jika dipilih pada 20 November nanti, saya juga mahu memperhebatkan sektor pelancongan di kawasan ini, antaranya mewujudkan pasar terapung atau 'floating market' di Jeti Sungai Merlimau," katanya turut mengakui isu bekalan air antara masalah yang dihadapi penduduk di DUN berkenaan.

Katanya, beliau menerima banyak aduan berkaitan masalah air dan sudah ke loji Merlimau untuk mendapatkan penjelasan mengenai perancangan terbaharu daripada pihak yang terbabit.

"Masalah air akan menjadi antara komitmen saya sekiranya dipilih sebagai Yang Berkhidmat. Ini bukan saja masalah saya, tetapi juga masalah penduduk di sini. Kita sudah dapat penjelasan dan saya beri komitmen isu air akan diselesaikan sebaik mungkin," katanya.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Dr Mohamad Akmal dicabar Abd Alim Shapie daripada Perikatan Nasional (PN) dan Azrin Ab Majid (Pakatan Harapan). DUN Merlimau mempunyai seramai 14,014 pengundi.

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - November 17, 2021 @ 11:17am

Dr Akmal rawat pesakit sebelum ke PPC

Dr. Muhammad Akmal merupakan antara muka baharu yang diketengahkan BN sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Doktor perubatan berusia 33 tahun berkenaan sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Belia 4B, sejurus tamat pengajian di Universiti Russian State Medical pada 2013.

Menerusi aktiviti kebajikan dan sosial yang dijalankan, beliau kini dikenali penduduk setempat sebagai antara penggerak kebajikan, malah kerap turun padang dalam aktiviti khidmat masyarakat bagi meringankan beban penduduk yang ditimpa musibah. Oleh Juani Munir Abu Bakar - November 8, 2021 @ 9:51am

Utusan MH17: Russian speaking Doctor to serve as translator for Malaysian team

KIEV: Dr Muhamad Akmal, a pediatrician at the Ampang hospital did not hesitate when offered to be part of the Malaysian investigation team into the Malaysia Airlines (MAS) flight MH17 tragedy, even if he has to leave behind his pregnant wife.


The 26-year-old Russian State Medical University graduate said his desire to give service to the country in any possible way, even as a translator, was his natural passion.


“During this difficult time I feel obliged to help as I can speak the Russian language since I studied in Moscow for six years.

“It is part of my contribution for the country and religion,” he told Bernama, here.

Dr Muhamad Akmal is one of the 131 Malaysian investigation team members, who arrived here today.


The team was formed following Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak’s statement that Malaysia intended to find out precisely what had caused the MAS flight MH17 to crash in Ukraine on Thursday although the Ukrainian authorities believed that the commercial plane was shot down.


The airline has confirmed on Friday that MH17 was carrying 283 passengers, including three infants, of various nationalities, and 15 Malaysian crew members.


The Boeing 777-200 Malaysia Airline MH17 from Amsterdam to Kuala Lumpur, was scheduled to arrive in Kuala Lumpur at 6.10 am, Malaysian time.


Asked on his wife, Dr Fatin Nadirah Idrus’s reaction when told of his trip to Kiev, Dr Muhamad said, despite also being a doctor, who understood his passion, she was a bit reluctant to let him go.


“She was worried when she saw I had to bring along a bullet proof vest provided by the Communication and Multimedia Ministry as the area that the team is going to go to is a tense area between the pro-Russian rebels and Ukrainian military,” he said.

Dr Muhamad Akmal and Dr Fatin Nadirah, who is five months’ pregnant with their first child, were married last January.

During his student days, he was the president of the Russian UMNO Club.


Meanwhile the Malaysian special investigation team here held a meeting to discuss plans and determine their movement into the crash site.


Present at the meeting were the head of the delegation, Khairil Hilmi Mokhtar, MAS Chief Executive Officer Ahmad Jauhari Yahya and Malaysian Ambassador to Ukraine, Chuah Teong Ban.


Chuah said several issues had to be ironed out before the team could move to the crash site at Grabovo, approximately 750km from Kiev.


Click here for full article.

By Bernama - July 19, 2014 @ 9:16pm




Sumbangan politik Dr Akmal Saleh


1. Perbincangan bersama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah

Dr Akmal Saleh berbincang bersama YB Datuk Ir Shahelmey, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah mengenai bidang pelancongan kesihatan dan pertukaran teknologi perubatan.





2. Perkongsian pengalaman dan pandangan bersama BN Parlimen Jelebu

Dr Akmal Saleh aktif memberikan buah fikiran dan berkongsi pengalaman dan pandangan bersama team BN Parlimen Jelebu atas undangan Dato Seri Jalal selaku BN Parlimen Jelebu.


3. Dr Akmal Saleh menangani isu kekurangan air di kawasan sawah DUN Merlimau

Usaha menyelesaikan masalah golongan pesawah mengenai isu kekurangan air di kawasan sawah Dun Merlimau. Dr Akmal Saleh bersama wakil pesawah ke Jabatan Nuklear Malaysia bagi mendengar mengenai padi terbaru keluaran Jabatan Nuklear iaitu IS21.





4. Mewakili Putra Specialist ke Pekan Baru

Lawatan Kerja ke Pekan Baru, Indonesia. Beliau sempat bersama team Bank of Riau yang diketuai CEO mereka, Dr Adi Buchari. Dr Akmal Saleh mewakili Putra Specialist Hospital berbincang mengenai kerjasama antara Bank of Riau dan Putra Specialist Hospital bertujuan untuk menggalakkan pelancong perubatan dari Indonesia ke Melaka






Aktiviti Dr Akmal bersama belia sukan jalanan skateboard


16 Julai 2022: "Bersama adik remaja skate. Setiap suara warga Merlimau adalah penting untuk saya dan tidak ada golongan yang akan terpinggir. Kami dengar, kami faham dan insyaaAllah kami laksanakan sebaik mungkin. #AnakKampungUntukOrangKampung



Inisiatif Dr Akmal bersama komuniti





30 Jun 2022: Program Bersama orang kampung Merlimau. Wayang Sekampung Untuk Orang Kampung yang ditaja oleh YB Dr. Akmal Saleh. Filem Mat Kilau. #AnakKampungUntukOrangKampung


Sihat dan cergas bersama YB Dr Akmal



19 Jun 2022: Program Merlimau Berpeluh

"Aktiviti fun run dan ada macam-macam lagi aktiviti yang sihat secara percuma. Lepas lari boleh check kesihatan and check gigi . Klinik akan dibawa ke dataran orang kampung.Tak laju tak apa, janji kita semua berpeluh!!!". #AnakKampungUntukOrangKampung


Program ini bertujuan mengajak masyarakat dan seluruh warga Merlimau agar memenuhi masa hujung minggu dengan bersenam dan beriadah. Hal ini kerana bagi memastikan masyarakat di Merlimau dalam keadaan sihat dan sejahtera. Program ini akan dijadikan rutin mingguan di Dataran Orang Kampung.



Selain itu, program menjaga kesihatan warga Merlimau juga diadakan di Pusat Kesihatan Merlimau. Antaranya pemeriksaan saringan kesihatan dan juga pemeriksaan gigi.

Infak Dr Akmal di bumi Makkah





17 Mei 2022: 3252 botol jus diinfakkan kepada jemaah umrah di bumi Mekah.

Dikala suhu mencecah 45 darjah Celcius, jus yang sejuk memang menjadi pilihan utama untuk membasahkan tekak para jemaah, dan yang paling manis ada di antara mereka terus menadah tangan berdoa agar penyumbang diberikan ganjaran syurga dan dimurahkan rezeki.



Ziarah Cakna Dr Akmal




Ziarah Cakna Dr. Akmal Saleh ke rumah warga tua di Merlimau untuk bertanya khabar dan memberi bantuan yang diperlukan.


15 Julai 2022: “Disebabkan sebelah siang penuh dengan meeting, jadi malam baru kita dapat ziarah orang kampung. Saya selamanya anak kampung. Doakan saya diberi kekuatan dan rahmat Allah menjadi yang berkhidmat untuk orang kampung. Terima kasih orang kampung Merlimau Timur”. #AnakKampungUntukOrangKampung

Profil Dr Muhammad Akmal bin Saleh



Keluarga besar dan keluarga kecil Dr Akmal Saleh


Dr Akmal bersama ayahanda tercinta, Cikgu Saleh Bin Lempah. Ayahnya seorang pesara guru yang mengajar mata pelajaran Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Ya’kub Merlimau, sekolah yang sama Dr Akmal bersekolah dari tahun 2001 hingga 2003.





Dr Akmal bersama isterinya iaitu Dr Fatin Nadhirah binti Idrus telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang comel. Beliau akan memastikan ada ruang waktu bersama keluarga walaupun sesibuk manapun. Keluarga adalah tunjang kejayaan beliau sekarang.





Comments


Recent Posts
Search By Tags
Connect
  • Google+ Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon
  • Twitter Social Icon

Pengetua

Pengerusi

PENGETUA_BAHARIM SELAMAT.jpg
En. Baharin bin Selamat
bottom of page